suria

Terkini Malaysia catat 38 kes baharu positif Covid-19, tiada kematian

Malaysia merekodkan 38 kes baharu, menjadikan keseluruhan 5,780 kes setakat Ahad.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 38 kes baharu, menjadikan keseluruhan 5,780 kes setakat Ahad.

Daripada jumlah keseluruhan, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,820 kes yang mana pesakit telah diasingkan dan diberi rawatan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia, tiada korban akibat virus itu dicatatkan pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kematian terkini akibat Covid-19, Malaysia catat 51 kes baharu

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 98 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ahad petang.

Setakat ini, 36 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 15 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, 100 pesakit Covid-19 telah pulih dan dibenarkan discaj pada Ahad, menjadikan keseluruhan 3,862 bersamaan 66.8 peratus dari jumlah kes keseluruhan.

Covod-19, KKM

Artikel Lain