BIARPUN hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi secara bersyarat mulai 4 Mei ini, majikan disarankan supaya menggalakkan pekerja terus bekerja dari rumah. Demikian kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Perutusan Hari Pekerja pada Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf... tak boleh balik kampung beraya” - PM umum PKPB... ketahui apa yang boleh dan tak boleh dilakukan mulai 4 Mei ini "Walaupun semua sektor ekonomi dibuka, majikan boleh galakkan pekerja untuk bekerja dari rumah. Ini norma baharu yang kita mesti amalkan. Bincang dengan pekerja. Mana-mana tugas yang boleh dibuat di rumah, buat di rumah. Ini lebih baik. Mungkin boleh susun jadual hari. Bekerja secara selang seli. Hari ini masuk pejabat, esok bekerja dari rumah. "Saya minta supaya semua ketua jabatan mengadakan perbincangan di peringkat jabatan masing-masing untuk menyusun semula keperluan sumber manusia di jabatan dengan mengutamakan konsep bekerja dari rumah," ujarnya. Operasi restoran Antara pengumuman perdana menteri yang mencuri tumpuan adalah mengenai operasi restoran yang dibuka semula, namun dengan beberapa syarat tertentu. Dalam perincian hal itu, Muhyiddin menggunakan contoh Pak Salleh sebagai pengusaha restoran. -Mulai 4 Mei, iaitu Isnin minggu depan, pengusaha boleh buka semula restoran yang ditutup. -Pastikan meja disusun dengan jarak sekurang-kurangnya 2 meter antara satu meja dengan meja yang lain. -Letak notis di setiap meja hanya satu orang, dua orang atau tiga orang dibenarkan makan bergantung kepada saiz meja. PM menerusi perutusan pada Jumaat. -Buatkan garisan di lantai depan kaunter bayaran -Sediakan hand sanitizer di kaunter bayaran. -Beli penyembur pembersih meja yang mencukupi. -Beli face mask, pastikan pekerja pakai face mask setiap masa. -Periksa suhu badan pelanggan sebelum dia dibenarkan masuk ke restoran. -Catat nama dan nombor telefon pelanggan serta tarikh dan masa mereka datang ke restoran Kata Muhyiddin lagi, pemilik food truck dan gerai makan yang lain pun mesti buat perkara yang sama. Stesen minyak -Pengusaha dinasihat membeli banyak hand sanitizer bagi menghadapi peningkatan jumlah pelanggan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!