SEJAK akhir-akhir ini ramai mempersoalkan perbezaan jumlah hukuman denda yang dikenakan terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun Menteri Kanan (Keselamatan) tampil menjelaskan perkara itu adalah di bawah bidang kuasa majistret terlibat. “Ada hukuman RM1,000 atau enam bulan penjara. Dalam undang-undang menyebut denda tidak melebih RM1,000.ARTIKEL BERKAITAN: Pergerakan rentas negeri bermula esok, ada syarat perlu dipatuhi termasuk penggunaan tandas di R&R “Kuasa menentukan jumlah hukuman terletak di bawah bidang kuasa majistret terlibat. “Keputusan terserah kepada budi bicara mahkamah yang menentukan hukuman dikenakan terhadap pesalah,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, Rabu petang. Jelasnya lagi, kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan dibuat mahkamah berhubung pekara itu. “Kita sebagai negara demokrasi amal sistem kehakiman maka kerajaan tak campur tangan dalam keputusan dibuat di mahkamah. “Sebab itu ada (hukuman) berbeza, mungkin setiap kes ada fakta kes berbeza yang menyebabkan majistret buat keputusan sedemikian rupa,” katanya. Pada Selasa, anak Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurul Hidayah dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff didenda masing-masing RM800 di Mahkamah Majistret di Putrajaya pada Selasa atas kesalahan ingkar PKP. Namun ramai mempertikaikan hukuman tersebut kerana pada 29 April lalu, seorang ibu tunggal yang didapati bersalah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dijatuhkan hukuman penjara 30 hari oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Hukuman itu bagaimanapun dikurangkan dengan penjara lapan hari dan didenda RM1,000 selepas mengambil kira dirinya adalah pesalah kali pertama. Dalam pada itu, mengenai tujuh warga asing yang lari dari pusat kuarantin, Ismail Sabri berkata pihaknya akan memperketatkan prosedur operasi standard sedia ada. “Dulu pun berlaku di Selangor mansion, dua yang lari. Kita lapor polis dapat jejaki mereka. Perkara sama akan dilakukan. “InsyaAllah kita akan tengok dari segi SOP bagaimana mereka boleh lari dari kawasan itu. “Kalau SOP tak ketat, kita akan lebih perketatkan. InsyaAllah MKN akan lihat perkara itu,” katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!