suria

Dua kumpulan layak terima bantuan khas hilang pendapatan - Ismail Sabri

Dua kategori kumpulan layak mendapat bantuan khas ini.

KERAJAAN mengumumkan dua kategori kumpulan yang layak menerima bantuan khas hilang pendapatan akibat wabak Covid-19.

Menurut Menteri Kanan (Kselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dua kategori itu membabitkan individu dirawat atau kontak rapat kepada pesakit yang dikenakan pengawasan dan pemerhatian kerana positif Covid-19.

Ismail Sabri berkata mereka akan diberi RM100 sehari bagi 14 hari tempoh kuarantin.

"Daripada dua kumpulan ini yang layak memohon adalah wargangera Malaysia yang bekerja tapi kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan perintah pengawasan dan pemerhatian yang diarah kuarantin oleh Kementerian Kesihatan (KKM) selama 14 hari.

"Mereka yang bekerja tetapi kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh rawatan di wad hospital ekoran Covid-19, ” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, petang Sabtu.

Namun beliau berkata, bantuan khas itu tidak layak untuk mereka yang berada di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam pada itu jelasnya lagi, bantuan khas hilang pendapatan itu telah diberikan kepada 94 individu membabitkan jumlah RM125,700.

“Selain itu bantuan ehsan kematian sebanyak RM5,000 telah diserahkan kepada waris terkorban akibat Covid-19.

“Bantuan ehsan kematian itu telah pun diserahkan kepada 71 waris dengan jumlah RM355,000, ” katanya.

Ismail Sabri turut mengumumkan bahawa Tabung Covid-19 yang diancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 10 Mac lalu telah berjaya mengumpul kutipan lebih RM40 juta hasil sumbangan pelbagai pihak setakat 7 Mei.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain