suria

Semua pengawal keselamatan MyTown KL disahkan positif Covid-19 sudah diganti

MyTown kembali beroperasi seperti biasa mengikut garis panduan PKPB.

MYTOWN KL sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa, rakan kongsi dan penyedia perkhidmatan bagi memastikan pusat membeli-belah itu selamat untuk rakyat Malaysia selepas 10 pengawal keselamatannya disahkan positif Covid-19.

Menurut pusat membeli-belah itu seramai sembilan pengawal keselamatan (warga asing) dan salah seorang pengawai keselamatannya disahkan positif jangkitan itu.

“Pengawai keselamatan yang disahkan positif kini dalam kuarantin dan berada dalam keadaan sihat tanpa gejala.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kontak mereka begitu ramai...” - Bentuk kluster baharu, pengawal keselamatan warga asing wajib buat swab test

“Selebihnya melibatkan pengawal keselamatan warga asing yang tinggal di tempat perumahan sama yang disiasat Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai punca penularan, ” katanya dalam e-mel kepada The Star pada Jumaat malam.

Pada Khamis, KKM mengenalpasti kluster baru dalam kalangan pengawal keselamatan apabila 19 kes dikesan di sebuah pusat membeli-belah di Cheras, Kuala Lumpur.

KKM mendedahkan 10 kes positif dikesan melibatkan sembian warga Nepal dan seorang rakyat Malaysia.

Jelas pusat membeli-belah itu lagi, semua pengawal keselamatan warga asing itu kali terakhir bekerja pada 26 April lalu.

“Semua pekerja MyTown yang dikenal pasti ada kontak dengan mangsa dihantar untuk menjalani ujian saringan dan keputusan mereka negatif, ” katanya.

Pada masa sama, MyTown turut menggantikan semua pengawal keselamatannya dengan pekerja baharu dari agensi lain.

“MyTown KL terus beroperasi seperti biasa mengikut garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ” katanya. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain