suria

Mangsa terakhir tragedi lemas babitkan tiga beradik ditemui

Anggota Polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengusung mayat mangsa lemas terakhir, Khalif Naim Mohd, 16, di Sungai Terengganu, Kampung Kuala Telemong, pada tengah hari Khamis.

MAYAT terakhir kes lemas membabitkan tiga beradik di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong ditemui pada 12.40 tengah hari Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu Md Hilman Abd Rashid berkata mayat Khalif Naim Mohd, 16, ditemui kira-kira 170 meter dari lokasi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat pelajar UiTM lemas, Tengku Muhammad Afiq ditemui - “Saya berasa pelik dia bawa pulang barang-barang peribadinya ke kampung”

Terdahulu mayat pertama, Umar Iskandar ditemui di dasar sungai kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian pada 9.50 pagi, disusuli mayat Khairil Firdaus, 17, pada 11.36 pagi.

Khalif Naim ialah pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Berang dan dilaporkan baru sahaja menghafaz 30 juzuk al-Quran pada 10 Mac lepas.

Khairil Firdaus pula ialah pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang manakala Umar Iskandar adalah pelajar Universiti Malaya.

Kesemua mangsa dikatakan ke sungai itu yang terletak hanya 200 meter dari rumah mereka kira-kira 6 petang semalam (Rabu). - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

lemas, tiga beradik

Artikel Lain