SEORANG anggota polis trafik yang sedang mengawal lalu lintas, cedera akibat dilanggar oleh sebuah kereta yang hilang kawalan. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkifli Yahya berkata, ketika kejadian pada pagi Jumaat, anggota polis tersebut sedang bertugas mengawal lalu lintas di Jalan Kuching kerana berlaku satu kemalangan di lokasi tersebut sebelumnya. ARTIKEL BERKAITAN: Ajal ketika bertugas... anggota polis maut dirempuh pemandu mabuk dalam sekatan jalan raya "Insiden berlaku apabila anggota polis itu berdiri di tengah-tengah pembahagi jalan selepas kemalangan pertama berlaku. Ketika sedang mengawal lalu lintas, seorang pemandu kereta hilang kawalan sebelum melanggarnya," katanya ketika dihubungi. Menurut Zulkifli, akibat insiden tersebut, anggota polis tersebut mengalami kecederaan di mukanya dan telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan. - THE STAR Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!