PENGUSAHA restoran berisiko dikenakan tindakan saman maksimum RM1,000 menurut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) jika didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata SOP itu merupakan garis panduan yang perlu dipatuhi bagi mereka beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). “Kelonggaran diberikan kepada restoran untuk beroperasi. Jadi kita harap mereka patuh SOP, ” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 pada Sabtu. Dr Noor Hisham berkata demikian ketika ditanya mengenai segelintir pengusaha restoran yang membenarkan pelanggan memasuki premis tanpa had serta mengabaikan aspek jarakan sosial ketika duduk di meja. - BERNAMANak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!