suria

“Kasihan... saya pun pernah bujang” - Ismail minta si teruna, dara di perantauan sabar, beri sedikit masa sebelum dibenar ziarah keluarga di kampung

Orang ramai diminta memberi sedikit masa lagi kepada kerajaan dalam memutuskan hal itu.

GOLONGAN bujang diminta memberi masa kepada kerajaan sebelum kelonggaran diberi untuk perjalanan rentas negeri bagi mereka menziarahi ibu bapa di kampung.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri, dia cukup peka dengan situasi itu dan meminta mereka bersabar buat sementara waktu.

ARTIKEL BERKAITAN: Akui ramai rindukan kampung, tapi lebih ramai tak setuju PKPB dilonggarkan - “Setakat hari ini, sabar dulu”

"Saya pun kasihan orang bujang, rindu mak dan sebagainya. Kepada yang bujang ni saya memang simpati, saya pun pernah bujang. Setiap minggu saya nak jumpa arwah mak saya, saya faham.

"InsyaAllah kita dah mula bincang beberapa kelonggaran, bincang setiap minggu, setiap hari.

"Kepada yang bujang rindu kampung, beri masa pada kita untuk bincang, bila boleh mula perjalanan? Kita tak akan tutup pintu untuk mereka selama-lamanya," ujarnya.

Beliau berkata demikian sewaktu sidang media harian pada Ahad petang.

Isu golongan bujang mahu pulang ke kampung bukanlah baru dibahaskan, malah ia sudah banyak kali diberi perhatian sebelum ini.

Namun, ia sehingga kini masih belum dibenarkan kerana perjalanan rentas negeri masih lagi berkuatkuasa sehingga hari ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain