SATU-SATUNYA hotel bertaraf lima bintang di Sandakan, Four Points by Sheraton, telah menutup operasinya secara rasmi pada 31 Mei. Hotel tersebut sudah beroperasi sejak lebih tujuh tahun lalu.ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19 burukkan lagi keadaan, Hotel Tower Regency Ipoh akhirnya henti operasi Pada hari terakhirnya semalam, hotel tersebut menghantar mesej bertulis 'Thanks All' (terima kasih semua) melalui susunan lampu bilik bangunannya. Netizen turut berkongsi kenangan mereka tinggal di hotel tersebut menerusi posting di media sosial, dengan berkongsi foto bilik dan pemandangan dari bilik ketika menginap di hotel tersebut. Sejak tiga bulan kebelakangan ini, beberapa buah hotel telah menutup operasi ekoran industri pelancongan terjejas teruk berikutan wabak Covid-19. - THE STAR Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!