suria

Sila ambil tahu! Kenduri, sukan di stadium dan rumah terbuka masih tak dibenarkan sepanjang PKPP

Operasi pusat hiburan antara yang masih tidak dibenar beroperasi dalam tempoh PKPP.

DISEBALIK kelonggran yang diumumkan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), masih banyak sektor dan aktiviti yang dilarang beroperasi bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan pada Ahad petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak kelonggaran... PM umum PKPP, rentas negeri dibenarkan mulai 10 jun

"Walaupun saya telah mengumumkan banyak kelonggaran, ini tidak bermakna tiada lagi apa-apa sekatan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengawal penularan COVID-19.

"Beberapa aktiviti atau sektor masih dillarang. Ini termasuk pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai, kenduri-kendara, rumah terbuka dan apa-apa aktiviti lain yang melibatkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).

"Selain itu, yang masih tidak dibenarkan ialah pertandingan sukan atau permainan yang melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai seperti di stadium, sukan renang dan kolam renang awam, dan sukan bersentuhan seperti ragbi, gusti, tinju, bolasepak, bola keranjang dan hoki," ujarnya.

Turut dilarang adalah perjalanan melancong ke luar negara kerana sempadan negara kita masih ditutup, kata Muhyiddin.

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diganti dengan PKPP bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020.

PKPB yang dilaksanakan bermula 4 Mei lalu dijadualkan berakhir pada 9 Jun ini, susulan tiga fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasakan pada 18 Mac.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain