SISTEM dalam aplikasi MySejahtera mengalami gangguan kesesakan luar biasa gara-gara pendaftaran serentak 700,000 individu dalam masa seminit. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ia berlaku susulan pengumuman kerajaan yang akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna bermula Julai ini. ARTIKEL BERKAITAN: Tambang RM1 sehari, e-wallet RM50... ketahui intipati lain yang diumumkan PM di bawah Penjana "Memang betul, susulan pengumuman kerajaan mengenai kredit RM50 ke akaun e-dompet pengguna setelah mereka memuat turan aplikasi MySejahtera, didapati pendaftaran adalah sesak. "Kita mendapat 700,000 pendaftaran serentak dalam masa seminit. Jadi kita nasihatkan mereka, adakan penjarakkan juga. "Kalau kita amalkan penjarakkan jadi tak ada kesesakan di situ. Mungkin tempoh yang kita laksanakan, kalau sejuta atau dua juta serentak mendaftar, pasti akan berlaku sesuatu. "Jadi kita sedang lihat bagaimana untuk atasi isu ni seperti panjangkan pendaftaran dalam 24 jam ke semingu untuk membolehkan semua mendaftar," ujarnya dalam sidang media harian pada Isnin. Kata Dr Noor Hisham, pihak kerajaan juga akan mencari jalan dalam menyelesaikan hal itu bagi mengelakkan berlakunya masalah dalam penggunaan aplikasi berkenaan. Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan agihan RM50 menerusi akaun e-dompet pengguna yang dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 bermula Julai ini. Dalam perutusan sama, Muhyiddin turut mengumumkan inisiatif tambang pengangkutan RM1 sehari di bawah program MY30 berkuatkuasa 15 Jun hingga 31 Disember ini. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!