PELANGGAN yang mahu mendapatkan perkhidmatan di kedai gunting rambut atau salun yang mempunyai pekerja warga asing disarankan supaya meminta surat atau dokumen yang mengesahkan mereka negatif wabak Covid-19. Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana kerajaan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) di mana setiap pekerja warga asing di premis gunting rambut perlu melakukan ujian swab dan mereka hanya dibenarkan bekerja jika keputusan negatif. ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya! Kedai gunting rambut akan dibenarkan beroperasi... di Sarawak mulai 8 Jun "Kalau mendapati penggunting rambut itu warga asing, saya nasihatkan pelanggan insist untuk melihat surat bukti. "Biasanya klinik akan mengeluarkan surat selepas buat ujian yang mengatakan 'tidak dikesan' (Covid-19)," ujarnya dalam sidang media pada Jumaat petang. Menurut Ismail, sekiranya penggunting rambut warga asing berkenaan gagal mengemukakan bukti, pelanggan boleh melaporkan kepada kerajaan. "Inilah yang sebaiknya untuk bantu kerajaan mengenalpasti warga asing yang masih belum buat saringan. "Jika ada tuan punya kedai gunting yang benarkan pekerja asing untuk mulakan kerja tanpa swab test, juga boleh diambil tindakan untuk diarahkan tutup kedai tersebut," ujarnya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!