suria

Warisan sangkal khabar angin tinggalkan PH

Warisan konsisten untuk bekerjasama dengan PH yang kini digelar PH Plus. Foto: The Star

PARTI Warisan Sabah (Warisan) menafikan khabar angin kononnya parti itu meninggalkan rakan sekutunya, Pakatan Harapan (PH) seperti kenyataan tular di media sosial sejak Jumaat.

Setiausaha Agungnya Datuk Loretto Padua berkata kenyataan berkenaan dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang ingin memecah-belahkan kerjasama PH Plus.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar dakwa PH Plus dapat sokongan 107 Ahli Parlimen

"Untuk rekod, Warisan tidak pernah berada dalam gabungan PH sejak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lagi.

"Bagaimanapun, pendirian Warisan konsisten untuk bekerjasama dengan PH sehingga sekarang digelar PH Plus," katanya dalam kenyataan Sabtu malam.

Justeru, katanya Warisan meminta penyokongnya agar tidak mempercayai berita palsu tersebut. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Warisan, PH Plus

Artikel Lain