suria

Warganegara Malaysia tak perlu buat ujian Covid-19 sebelum masuk ke Sabah, kata Ketua Menteri

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Foto: The Star

RAKYAT Malaysia dan pemegang pas imigresen dari Semenanjung, Labuan dan Sarawak tidak perlu lagi melakukan ujian swab Covid-19 sebelum memasuki Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perkara itu adalah kemas kini baharu mengikut Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai di negeri tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua pelajar positif Covid-19 selepas tiba di Sabah mungkin dijangkiti akibat terdedah dengan pekerja

"Yang harus mereka lakukan hanyalah mengisi borang pengisytiharan kesihatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan mematuhi semua SOP ketika memasuki Sabah," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Namun tambah Mohd Shafie, peraturan yang ditetapkan dan dikuatkuasakan oleh Jabatan Imigresen serta agensi lain masih terpakai sewaktu tempoh PKPP.

Shafie juga berkata pegawai kesihatan akan terus memantau dan menilai tahap kesihatan mereka yang memasuki Sabah.- THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, Sabah

Artikel Lain