suria

Elak sebar maklumat tak tepat, TNB nafi dakwaan pengerusinya terima elaun tinggi

Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

TENAGA Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan yang ditularkan netizen berkenaan elaun tinggi yang diterima Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Elaun bulanan Datuk Seri Mahdzir Khalid adalah jauh lebih rendah daripada paparan yang dikongsikan di media sosial, namun mencerminkan tanggungjawab beliau memimpin sebuah syarikat dengan lebih sembilan juta pelanggan dan aset bernilai hampir RM60 bilion.

Sebagai sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, emolumen yang diterima ahli-ahli Lembaga Pengarah TNB dinyatakan dalam Laporan Tahunan yang diterbitkan setiap tahun, katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Orang ramai dinasihatkan tidak terus berkongsi paparan tidak benar berkaitan elaun tinggi tersebut dan sentiasa memastikan kesahihan maklumat sebelum membuat sebarang perkongsian.

Perbuatan menularkan paparan serta maklumat yang tidak benar atau palsu adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Datuk Seri Mahdzir Khalid, TNB

Artikel Lain