suria

Hanya 6 kes Covid-19 direkodkan, satu kluster baharu dikesan di Sarawak libatkan pelajar IPTA, keluarga

Malaysia cata enam kes pada Jumaat.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan enam kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,535 kes setakat Jumaat.

Daripada enam kes baharu yang telah dilaporkan, dua merupakan kes import manakala empat lagi melibatkan penularan tempatan melibatkan warganegara Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 14 kes baharu Covid-19 pada Khamis, libatkan 6 warganegara

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 121 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak kekal 121 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jumaat petang.

Sehingga hari ini, 70 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,070 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Dalam sidang media sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan satu kluster baharu di Sarawak dikenali sebagai kluster Kidurong.

"Satu kes baharu dikesan di Sarawak, kluster Kidurong dengan enam kes positif setakat ini. Ia melibatkan seorang pelajar Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

"Dia dikesan positif pada 12 Jun. Ahli keluarga seperti ibu bapa dan dua adik beradik turut positif," ujarnya.

Tambah Dr Noor Hisham, 231 individu dikenalpasti sebagai kontak rapat kes itu.

Sehingga kini, 163 individu sudah disaring dan kesemuanya disahkan negatif.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain