suria

Sah! Saingan 3 penjuru di PRK Chini

Calon BN bagi PRK DUN Chini, Mohd Sharim Md Zain ketika tiba di pusat penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara di Pekan. Foto Bernama

AKHIRNYA terjawab siapakah calon-calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada 4 Julai ini.

PRK yang pertama kali dengan kebiasaan baharu berikutan pandemik Covid-19 itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas.

Ia melibatkan pertandingan antara Mohd Sharim Md Zain, 41, yang mewakili BN, dan ahli perniagaan Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli, 49 tahun.

Pengumuman senarai calon yang bertanding dibuat oleh pegawai pengurus pilihan raya, Datuk Zaliza Zulkipli kira-kira 10.30 pagi Sabtu, selepas proses penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan dekat sini ditutup pukul 10 pagi.

"Saya telah menyemak kertas-kertas penamaan itu dan setelah selesai disemak, saya berpuas hati dan memutuskan tiada calon yang ditolak pencalonan," katanya ketika mengumumkan nama-nama calon pada pagi Sabtu. - Bernama

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain