suria

Ketua parti dukung PN, zahir sokongan kepada Muhyiddin

Ketua parti mengadakan pertemuan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu dan menyatakan sokongan kepada kerajaan PN.

KETUA parti yang mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Rabu telah mengadakan satu pertemuan di Putrajaya dan menzahirkan sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam catatan di laman Facebook Muhyiddin Yassin, ia turut memaklumkan kesemua pimpinan parti bermuafakat untuk memperkukuhkan persefahaman serta kerjasama demi kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Sokongan tak berbelah bahagi BN kepada Muhyiddin - Ahmad Zahid

Menurut catatan itu, pimpinan yang hadir ialah presiden parti termasuk Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu; Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Umno); Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS); Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (MCA) dan Tan Sri S. A Vigneswaran (MIC).

Selain itu, pertemuan tersebut turut disertai Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (PBB); Prof Datuk Seri Dr Sim Kui Hian (SUPP); Datuk Seri Tiong King Sing (PDP); Tan Sri Dr James Jemut Masing (PRS); Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili (PBS); Tan Sri Joseph Kurup (PBRS) dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR).

Menurut catatan itu lagi, mesyuarat dua jam itu turut dihadiri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Ketua Whip Kerajaan PN dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Setiausaha Agung Bersatu.

Sebanyak 20 keping gambar pertemuan berkenaan turut disertakan dalam catatan itu. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

PN, Muhyiddin, ketua parti

Artikel Lain