HARI mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim ditetapkan pada 29 Ogos depan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga menetapkan hari penamaan calon pada 15 Ogos, dengan pengundian awal pada 25 Ogos. Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Shahrom berkata, PRK tersebut akan diadakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, berikutan wabak Covid-19. ARTIKEL BERKAITAN: Salam takziah... Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia Kekosongan kerusi DUN di Perak itu selepas penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang, pada 15 Julai lalu, akibat serangan sakit jantung. Ketika kejadian, Allahyarham bermain golf di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort, sebelum dibawa ke Hospital Bentong dan disahkan meninggal dunia. PRK Slim merupakan PRK ke-12 sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada Mei 2018. Terdahulu, PRK yang diadakan adalah Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong, Semenyih, Rantau, Port Dickson, Cameron Highlands, Sandakan, Tanjung Piai, Kimanis dan Chini. - The Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!