suria

Wow! Ganjaran lebih RM2 juta menanti pengusaha PKS, nak tahu bagaimana? BizRace Musim 3 ada jawapannya

AmBank telah meluluskan 1,200 permohonan oleh PKS melalui kemudahan bantuan khas oleh kerajaan sejak Mac 2020. (Gambar Hiasan)

JIKA tiada yang di bawah, maka tiadalah yang di atas.

Begitulah gambarannya mengenai impak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam menggerakkan ekonomi di negara ini.

Malah, kewujudan mereka banyak memainkan peranan dari segi pengeluaran, penjanaan pekerjaan, sumbangan kepada hasil eksport termasuklah memudahkan pengagihan pendapatan secara adil yang dianggap begitu penting sekali.

Selain menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan, mereka turut memainkan peranan secara signifikan dalam ekonomi negara sehingga membentuk ekonomi serantau, komuniti dan menawarkan pelbagai inovasi.

Dengan harapan untuk membantu PKS, AmBank Group melancarkan pertandingan perniagaan BizRace Musim 3 menerusi platform AmBank BizClub.

Ia menawarkan ilmu, publisiti dan peluang rangkaian perniagaan untuk mereka fokus terhadap tiga aspek iaitu Revolusi Industri Ke-4, Pendigitalan dan Sektor Halal.

Pendaftaran untuk pertandingan perniagaan tahun ini dibuka bermula 17 Julai sehingga 2 September 2020 dan terdiri daripada tiga trek, di mana 100 perniagaan dipilih menerusi setiap trek.

Selain itu, AmBank BizConference tahun ini, satu lagi inisiatif lain di bawah platform AmBank BizClub akan memberi tumpuan kepada bidang utama yang dapat membantu menghidupkan semula pertumbuhan PKS di Malaysia.

Mengambil kira penjarakkan sosial yang perlu dipatuhi dalam mengekang penularan Covid-19, siri BizConference AmBank diadakan secara digital dengan jumlah sembilan sesi dalam talian secara percuma yang menampilkan ikon perniagaan terkemuka, pemilik PKS dan pakar dalam pelbagai bidang.

Ahli panel ini akan membimbing pengusaha IKS cara untuk memanfaatkan pelbagai peluang dalam menghidupkan perniagaan mereka dan kekal relevan untuk menyesuaikan diri dengan cabaran baru.

"Kami ingin melahirkan pengusaha PKS yang lebih berjaya. Bagaimana kita dapat membantu mereka untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang dilakukan kerajaan?" soal Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir semasa Webinar Sesi 1: IR4.0.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir.

Antara peranan bank termasuklah mempermudah proses berkaitan bidang tertentu sekaligus membantu pengusaha PKS mengatur semula perniagaan mereka agar terus bertahan.

Jelas Sulaiman, AmBank juga telah meluluskan 1,200 permohonan yang dikemukakan PKS melalui kemudahan bantuan khas kerajaan sejak Mac 2020.

Ia juga telah melancarkan BizRace Musim 3 yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM2 juta untuk PKS yang berjaya.

"Program AmBank BizRace membantu PKS meningkatkan perniagaan mereka dengan memanfaatkan pengetahuan, latihan, penjenamaan serta peluang rangkaian yang disediakan," katanya.

Selaras dengan tema utama, The Big Reset: Revive Your Business, AmBank BizRace bakal membantu pengusaha PKS menyesuaikan diri dengan keadaan baharu dengan memanfaatkan pelbagai peluang yang ada, seperti digitalisasi perniagaan mereka, akses kepada geran, memohon sijil halal dan banyak lagi.

Malah, dia menggesa pemilik PKS mengambil bahagian dalam pertandingan dan webinar untuk mengaut ilmu dari dari pakar untuk memulakan perjalanan transformasi IR4.0 masing-masing.

Pada masa ini, AmBank BizClub mempunyai 5,000 ahli yang terdiri daripada pengusaha PKS.

"Sekiranya anda tidak mengambil bahagian (dalam pertandingan dan persidangan dalam talian) dan kemudiannya bertindak, anda akan kalah," katanya.

Bagi panelis dan pengarah Bosch Rexroth, Royce Tan, kata kunci untuk IR 4.0 adalah perhubungan.

Dia berkata,"Adakah anda dapat menghubungkan jarak jauh ke pejabat anda? Sekiranya tidak, anda tidak akan mengambil langkah pertama IR 4.0.

Felo speaker yang juga Pengarah 1 Sektor Dasar Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Vimala Murugan berkata, 508 PKS dipilih oleh Miti tahun lalu untuk melaksanakan program Intervensi Penilaian Kesediaan Industri 4WRD yang dibiayai oleh kerajaan atau Dana Intervensi Industri 4WRD untuk Industri 4.0.

Program ini merupakan kemudahan sokongan kewangan untuk PKS di sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan untuk merangkul Industri 4.0.

(Dari kiri) Yap, Sulaiman dan Eqhwan sewaktu pelancaran AmBank Bizrace Musim 3 di ibu negara.

“Dari jumlah tersebut, 301 syarikat PKS telah berjaya menyelesaikan program Penilaian Kesediaan ini sejak tahun lalu.

"Ini akan mengenal pasti jurang dan masalah yang dihadapi oleh PKS ini untuk bergerak menuju Industri 4.0, ”jelasnya.

Kata Vimala, setiap syarikat layak mendapat geran sepadan sehingga RM500,000 setelah tamat program.

"Setiap syarikat harus memohon dana ini kerana ia tidak diberi secara automatik dan mereka harus mengemukakan kertas kerja teknikal untuk Industri 4.0," tegasnya.

Pada Sesi Webinar 2: Digitalisasi, Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan AmBank, Christopher Yap berkata AmBank telah mewujudkan pasaran BizHub untuk membantu PKS memulakan e-dagang dan membimbing dalam perjalanan digitalisasi mereka.

"Banyak perniagaan tidak bersedia untuk gulung tikar sewaktu pandemik Covid-19. Kami mahu menyediakan platform untuk meletakkan produk mereka dalam talian.

"Kami ingin membimbing mereka menggunakan platform ini dan meminimumkan kegagalan, ” katanya.

Dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sebagai rakan kongsi mereka, Yap mengatakan bahawa terdapat geran antara RM5,000 hingga RM200,000 untuk membantu PKS dalam perjalanan digitalisasi.

Pasaran AmBank BizHub diberikan kepada PKS dengan sifar bayaran pendaftaran masuk dan pembiayaan untuk dibangunkan, yang bermaksud mereka tidak diharuskan untuk mengembangkan platform e-dagang mereka sendiri.

Bagaimanapun, PKS boleh mendaftar untuk platform BizHub ini secara percuma dengan mendaftar dalam talian.

Pakar e-dagang kemudiannya akan membantu mereka membuat jualan secara dalam talian.

Sehingga kini, AmBank BizClub mempunyai 5,000 ahli yang terdiri daripada pengusaha PKS. (Gambar Hiasan)

Panelis yang juga Ketua Pegawai Operasi MDEC, Datuk Ng Wan Peng mengatakan bahawa wujud salah faham bahawa digitalisasi memakan belanja yang besar.

"Anda boleh bermula secara kecil dan kami mempunyai penyedia perkhidmatan untuk membantu anda," katanya sambil menambah bahawa pengurusan syarikat harus memastikan bahawa tenaga kerja mereka menyedari objektif digitalisasi untuk kejayaannya.

"Mereka mesti tahu bahawa ia akan memberi keuntungan kepada mereka dan kemudiannya proses digitalisasi anda akan menjadi nyata," ujarnya lagi.

Felo penceramah, pegawai teknologi kebangsaan Microsoft Malaysia Dr Dzaharudin Mansor berkata, PKS harus mengambil risiko berani dalam mendepani digitalisasi kerana mereka yang melabur untuk tujuan itu memperoleh pulangan yang baik dalam perniagaan mereka.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Islamik AmBank, Eqhwan Mokhzanee berkata, pensijilan halal akan memberikan nilai tambah dan bahagian pasaran untuk PKS, terutama dalam kalangan kumpulan konservatif.

"Kami menyediakan perkhidmatan tambah nilai melalui pengembangan kapasiti," katanya sambil menambah, wujud bidang yang dapat diterokai oleh PKS dalam pasaran halal yang berkembang hingga nilainya mencecah RM10 trilion.

Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Mohd Fakaruddin Mas’od berkata, pensijilan halal Malaysia diiktiraf di seluruh dunia, dengan piawaian dalam bidang yang berkaitan dengan makanan dan minuman, premis, kedai, hotel, barangan pengguna dan kosmetik.

Ujarnya, mereka mengadakan latihan, persidangan, mesyuarat dan perbincangan meja bulat secara berterusan dengan PKS untuk memastikan bahawa mereka bersedia untuk memohon pensijilan halal.

Pengarah Bahagian Makanan dan Minuman Halal dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Malaysia, Remee Yaakub pula berkata, mereka mencari pelbagai peluang untuk PKS Malaysia meneroka pasaran halal kerana potensinya.

"Kami adalah bahagian yang integral dalam menyokong ekosistem halal di Malaysia," katanya yang memaklumkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) disebut-sebut sebagai acara perdagangan halal terbesar di dunia.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain