suria

Kecoh pasangan pakai tag pink kuarantin, sebenarnya gelang tangan masuk kedai haiwan

Satu pasangan dikesan memakai gelang tangan merah jambu di kawasan parkir Bukit Bendera.

POLIS mengenal pasti satu pasangan didapati keluar sambil memakai tag merah jambu, menyerupai gelang tangan dipakai individu yang menjalani kuarantin di rumah.

Bagaimanapun, ia merupakan satu kesilapan apabila gelang yang dipakai mereka sebenarnya merupakan tag kemasukan yang dikeluarkan oleh sebuah kedai haiwan peliharaan untuk para pelanggan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, polis menjejaki pasangan itu susulan laporan mengenai satu pasangan dilihat di kawasan parkir Bukit Bendera, pada kira-kira pukul 3.25 petang Ahad.

Pasangan itu terdiri daripada seorang lelaki berusia 21 tahun dan wanita berumur 22 tahun.

"Mereka dipanggil ke balai polis dan keterangan mereka direkodkan.

"Menurut pasangan itu, mereka pergi ke sebuah kedai haiwan peliharaan di bandar pada hari berkenaan, dan masing-masing diberikan gelang tangan merah jambu untuk memasuki premis," katanya.

Soffian berkata, pasangan itu tidak menanggalkan gelang tersebut kerana bercadang untuk kembali ke kedai tersebut pada sebelah malam.

"Mereka kemudian pergi ke Bukit Bendera untuk membeli tiket pada kira-kira pukul 3 petang, tetapi selepas menunggu selama sejam, mereka membatalkan rancangan mereka dan sebaliknya pergi ke sebuah pusat membeli-belah.

"Berdasarkan pemeriksaan dengan Kementerian Kesihatan juga mendapati mereka dalam senarai individu di bawah pengawasan (PUS) dan pasangan itu tidak ke luar negara," katanya. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain