suria

Akhirnya ada nama! ‘Pejuang’ parti baharu Tun M

Dr Mahathir mengumumkan nama parti baharunya, Pejuang.

PARTI baharu di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diberi nama 'Pejuang'.

Pengumuman itu dibuat menerusi blog Dr Mahathir, Chedet pada Rabu menerusi satu sajak yang mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah dirampas untuk menyelamatkan kleptokrat.

"Rasuah menghancurkan bangsa, rasuah yang hancur orang Melayu. Jika ingin dapat jawatan dan wang. Pilih parti lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya! Tun M umum parti Melayu baharu 'bebas'

"Jika ingin tebus maruah. Jika ingin kekal hak kita. Pilih parti kami. Pilih Pejuang," kata Dr Mahathir, yang berusia 95 tahun.

Pada Jumaat lalu, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu berasaskan perjuangan orang Melayu, berikutan keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan saman yang difailkan Dr Mahathir dan yang lain berhubung pembatalan keahlian mereka dalam Bersatu.

Ketika itu, parti baharu tersebut masih belum diberikan nama. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain