PADAH ketelanjuran kata-kata yang mendakwa anggota polis dan tentera tidak menjaga solat, pemilik rangkaian Hot Burger Malaysia akan dipanggil Bukit Aman. Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut berhubung kenyataannya yang seumpama menghina PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi sebuah video tular di laman sosial, pada Selasa. Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, Mohd Asri akan dipanggil untuk diambil keterangannya dalam minggu ini oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ. ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa dan minta maaf! Asri Janggut akui malu dengan keterlanjuran kata-kata 'polis, tentera tak jaga solat' - "Jutaan maaf atas kejahilan saya" ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Pemilik bisnes burger bongkar aktiviti haram di Sungai Buloh... rupa-rupanya lelaki berjanggut ini banyak bantu orang susah, siap sediakan tempat tinggal Beliau berkata, siasatan dijalankan selepas dua laporan polis yang dibuat di Balai Polis Travers dan Balai Polis Jalan Tun Razak, di Kuala Lumpur, Rabu. "Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya kepada Bernama. Pada Rabu, Bernama melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan dakwaan Mohd Asri bahawa anggota PDRM tidak menjaga solat sebagai keterlaluan. Satu klip video berdurasi 31 saat memaparkan Asri Janggut, 42, dalam satu sidang media pada Selasa mendakwa anggota polis serta tentera tidak menjaga solat. - Bernama Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!