OGOS 2020 menjadi bulan yang begitu istimewa untuk mStar! Mana tidaknya, bulan ini mStar menyambut ulang tahun yang ke-15. Cepat sungguh masa berlalu kan! Sepanjang 15 tahun berada dalam arena digital, mStar sentiasa berusaha menyajikan berita dan cerita yang hangat lagi segar buat anda, sesuai dengan tagline kami 'urban dan versatil'. Di kala berdepan dengan kepesatan dan persaingan portal-portal lain, mStar terus kukuh malah terus berkembang sejak ia diperkenalkan pada Ogos 2005. Kenapa ya? Tak lain tak bukan mestilah kerana kepercayaan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada anda, para pembaca setia kami. Bersempena ulang tahun ke-15 ini, mStar berbesar hati untuk beri banyak hadiah kepada anda yang tak pernah jemu menyokong mStar. Bagaimana caranya? Anda tak perlu susah-susah. Hanya perlu sertai peraduan-peraduan mudah yang dipaparkan di media sosial mStar (Instagram, Facebook, Twitter) sepanjang Ogos ini. Pembaca bertuah yang memenangi peraduan yang dianjurkan bakal menerima banyak hadiah menarik sumbangan penaja-penaja kami yang awesome! Antara hadiah yang menanti termasuklah penginapan dan tiket masuk ke Lost World of Tambun, Sunway Lagoon, Erya by Suria dan SuperPark Malaysia. Bukan itu sahaja, pembaca turut berpeluang memenangi hadiah istimewa sumbangan Marrybrown, Vivo, AirAsia dan Dimsum. Amacam? Semuanya menarik bukan? Beruntung sungguh kalau menang. Jadi tunggu apa lagi, jangan buang masa! Jom follow media sosial mStar sekarang dan sertai peraduan untuk merebut banyak hadiah menarik. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!