suria

Presiden Umno, PAS tandatangani surat ajak Bersatu sertai Muafakat Nasional

Surat yang ditandatangani presiden Umno dan PAS.

PRESIDEN Umno dan PAS mengajak Perdana Menteri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai Muafakat Nasional pada 13 Ogos, sebagaimana dinyatakan menerusi surat yang ditandatangani oleh kedua-dua presiden itu.

Dicetak dengan kepala surat Muafakat Nasional, surat itu menyatakan Ahmad Zahid dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama-sama mengalu-alukan Bersatu untuk menyertai Muafakat.

Tweet dikongsi Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno pada hari Jumaat turut mengesahkan dia telah menandatangani surat jemputan itu setelah keputusan dicapai dalam mesyuarat yang dipengerusikan bersama oleh Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Surat itu yang disahkan oleh sumber parti, menguatkan lagi dakwaan pemimpin Bersatu bahawa Umno dan PAS yang mengajak parti itu bergabung dengan pakatan yang longgar.

Timbalan Presiden Umno, Mohamad pada 19 Ogos telah menyatakan bahawa akar umbi Umno pada umumnya tidak menyokong kehadiran Bersatu dalam Muafakat Nasional kerana maklum balas umum yang diterima menunjukkan bahawa mereka tidak berminat.

Pada 15 Ogos, Muhyiddin mengumumkan bahawa Bersatu akan bergabung dengan Muafakat Nasional.

Zahid kemudiannya menyatakan dia akan menyerahkan kepada jawatankuasa pakatan untuk memutuskan penyertaan tersebut.

Namun pada hari yang sama, pada kempen pilihan raya kecil Slim, Zahid memberitahu orang ramai bahawa Bersatu mesti "membuktikan bahawa mereka ikhlas untuk bergabung dengan Muafakat Nasional". - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain