suria

Antara komedi atau emosi... Jom undi video Hari Kebangsaan pilihan anda

Star Media Group Berhad telah memulakan pencarian untuk video Hari Kebangsaan paling menarik tahun ini yang mampu menyatukan semua insan di negara ini. fotoBERNAMA.

SEBAGAI sebuah negara yang meraikan perayaan pelbagai budaya, Malaysia sentiasa menyambutnya dengan penuh kegembiraan, warna dan keterujaan.

Sewaktu meraikan setiap perayaan, kita banyak menekankan nilai-nilai utama dalam institusi keluarga, menghormati tradisi dan hubungan sesama masyarakat yang lebih luas.

Maka, tidak hairanlah dalam kesempatan yang sama, ramai yang memaparkan kreativiti mereka dalam merakam momen-momen istimewa dan menerbitkannya untuk tatapan dunia menerusi platform-platform media sosial.

Begitu juga dengan syarikat-syarikat dan jenama yang mana mereka turut melakukan perkara sama dengan menggunakan iklan televisyen sekaligus membolehkan mereka meneroka potensi penuh dalam seni filem.

Sebahagian besar iklan ini yang berdurasi sekitar 60 saat atau lebih telah memenangi anugerah pengiklanan antarabangsa dengan mengetengahkan suasana kita meraikan hari istimewa ini menerusi elemen komedi atau drama.

Pengundian berakhir pada 6 September 2020.

Sewaktu perayaan Hari Kebangsaan, iklan-iklan ini membuatkan kita berasa bangga menjadi rakyat Malaysia yang mana ia memberi penghormatan kepada tanah air yang sudah dianggap sebagai rumah dan keluarga kita sendiri.

Dari sudut pandang rakyat pula, ini adalah satu detik tahunan yang kita nantikan kerana iklan-iklan ini tidak pernah gagal membuat kita ketawa atau menitiskan air mata.

Dalam merealisasikan hasrat itu sekali lagi, Star Media Group Berhad telah memulakan pencarian untuk video Hari Kebangsaan paling menarik tahun ini yang mampu menyatukan semua insan di negara ini.

Paling menarik, sesiapa sahaja boleh menyertainya.

Ikuti sahaja tiga langkah mudah untuk mengambil bahagian.

Langkah 1 - Kunjungi laman berikut https://sites.thestar.com.my/nationaldayvideo/

Langkah 2 - Tonton kompilasi iklan Hari Kebangsaan kami.

Langkah 3 - Pilih dan undi tiga video terbaik yang mencuri perhatian anda, memberi inspirasi atau membuat anda menangis.

Anda boleh kembali dan memilih seberapa banyak yang anda mahukan sepanjang tempoh kempen bermula sekarang.

Pengundian berakhir pada 6 September 2020.

Hasilnya pula akan diumumkan dalam video eksklusif dari rakan-rakan rakyat Malaysia pada 16 September nanti sempena Hari Malaysia.

Oleh itu, jangan lupa untuk saksikan video pilihan mana yang bakal menjadi juara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain