suria

Salam takziah... Datuk Dr Amran Kasimin meninggal dunia

Dr Amran Kasimin meninggal dunia, petang Rabu. Foto Facebook RUQYAH SYAR'IYYAH MALAYSIA

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Datuk Dr Amran Kasimin meninggal dunia pada usia 75 tahun, petang Rabu.

Perkara itu disahkan oleh menantu beliau, Dr Lenny Suryani Safri menerusi posting di halaman Facebook pada Rabu malam.

Dr Lenny berkata, Allahyarham yang juga penceramah dan penulis terkenal itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.56 petang di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di Kuala Lumpur.

"Allahyarham abah Amran Kasimin telah kembali ke rahmatullah pada 5.56 petang di Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

"Abah, terima kasih atas 19 tahun yang indah. Satu penghormatan besar bagi saya menjadi anak abah.

"Terima kasih di atas kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Rasa setengah nyawa Lenny hilang abah," tulisnya.



Perkongsian Dr Lenny mengenai pemergian bapa mentuanya.

Menurut Dr Lenny, jenazah akan dibawa ke kediaman di Sungai Merab Luar di Kajang, Selangor, pada Rabu malam dan dijangka dikebumikan pada pagi Khamis.

Tambahnya, solat jenazah akan diadakan di Surau Al Istiqomah di Sungai Merab Luar, pagi Khamis.

Allahyarham yang merupakan bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diberi mandat oleh rakyat sebagai Adun Bangi pada 2004.

Tokoh agama yang dilahirkan pada 1 Ogos 1945 itu juga berpengalaman dalam rawatan tradisional dan perubatan Islam.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain