SELEPAS Hasrul menerangkan kelebihan-kelebihan menyimpan di Skim Persaraan Swasta (PRS) dalam Episod 5, Lyn dan Raj kini menyedari betapa pentingnya untuk menyimpan lebih banyak semasa muda bagi mencapai matlamat persaraan mereka. Dalam episod terakhir siri ini, ketahui bagaimana untuk memulakan simpanan untuk persaraan anda dengan jumlah serendah RM100 dengan mudah, selesa dan selamat melalui perkhidmatan PRS Online Enrolment PPA. Di samping itu, semua pencarum baru melalui PRS Online dapat menikmati pengecualian daripada yuran pembukaan akaun PPA. Sebaik sahaja anda mempunyai akaun, adalah penting untuk anda terus mencarum secara konsisten untuk menambah simpanan PRS anda menggunakan perkhidmatan PRS Online Top-Up. Dengan akaun atas talian ini, anda boleh sentiasa memantau dana PRS anda dari semasa ke semasa. Oleh itu, tonton episod ini dan ketahui kelebihan-kelebihan lain apabila menyimpan di PRS. Siri video "Perancangan Persaraan dan Simpanan dengan Skim Persaraan Swasta (PRS)" ini dibawakan kepada anda oleh Private Pension Administrator Malaysia (PPA), sebagai sokongan kepada inisiatif literasi kewangan Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN). DALAM Episod 4 "Perancangan Persaraan dan Simpanan dengan Skim Persaraan Swasta (PRS)", Hasrul menjelaskan bagaimana mudahnya untuk memilih Dana PRS untuk simpanan persaraan. Untuk episod kedua terakhir ini, pelajari tentang kepentingan melakukan penilaian kendiri ('self-assessment') sebelum membuka akaun PRS, di mana Lyn dan Raj mempertimbangkan adakah tolerasi risiko dan objektif pelaburan mereka selari dengan keperluan dan tahap kehidupan mereka. Menerusi Episod 5 ini, ketahui juga bagaimana ciri-ciri PRS seperti pelepasan cukai, proses penamaan dan pengeluaran pra-persaraan untuk perumahan dan penjagaan kesihatan boleh memberikan anda fleksibiliti dalam merancang untuk kesejahteraan persaraan anda. Oleh itu, manfaatkanlah kelebihan-kelebihan PRS dan mula sekarang dengan serendah RM100 melalui perkhidmatan PRS Online yang dibangunkan oleh Private Pension Administrator Malaysia (PPA). Siri video ini dibawakan kepada anda oleh Private Pension Administrator Malaysia (PPA), sebagai sokongan kepada inisiatif literasi kewangan Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN). ANDA mungkin sudah mempunyai idea mengenai berapa banyak yang perlu disimpan untuk persaraan setelah menonton video Lyn dan Raj menggunakan kalkulator persaraan PPA dalam Episod 3. Sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk membuat simpanan tambahan dalam Skim Persaraan Swasta (PRS) bagi meningkatkan simpanan persaraan anda, pastinya anda tertanya-tanya Dana PRS manakah yang patut anda pilih. Sebagai sebuah skim yang dikawal selia dan memiliki struktur yang tersusun, serta direka untuk memudahkan anda menyimpan bagi tujuan persaraan, pertimbangkan untuk mencarum dalam Pilihan Dana Yang Ditetapkan ('Default Option Funds') yang akan menempatkan simpanan anda atas laluan automatik ('Automatic Glide Path'). Ini merupakan ciri unik PRS di mana caruman akan diuruskan dalam Dana PRS mengikut kumpulan umur yang ditetapkan. Namun sekiranya anda mahu, anda juga boleh membuat pilihan Dana sendiri daripada 57 pilihan Dana yang ditawarkan oleh lapan Penyedia PRS. PRS juga memberikan fleksibiliti tambahan untuk anda menukar atau memindahkan Dana bagi membantu mencapai matlamat simpanan persaraan anda. Ikuti Episod 4 untuk mengetahui tentang pilihan Dana serta banyak lagi menerusi siri video enam episod “Perancangan Persaraan dan Simpanan dengan Skim Persaraan Swasta (PRS)”; yang dibawakan kepada anda oleh Private Pension Administrator Malaysia (PPA), sebagai sokongan kepada inisiatif literasi kewangan Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN). BAGAIMANAKAH kalkulator persaraan Private Pension Administrator Malaysia (PPA) dapat membantu merancang persaraan anda? Ketahuinya dengan menonton Episod 3 daripada enam episod dalam siri video mingguan ini yang dibawakan kepada anda oleh PPA, sebagai sokongan kepada inisiatif literasi kewangan Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN). Anda hanya perlu mengisi maklumat ringkas mengenai diri anda dan kalkulator persaraan akan mengira sebuah pelan simpanan, berdasarkan beberapa andaian, bagi memaparkan kepada anda berapa banyak yang diperlukan untuk simpanan persaraan. Mengetahui jangkaan jumlah dana persaraan yang diperlukan pastinya akan membantu anda untuk menikmati persaraan yang terjamin dari segi kewangan. Skim Persaraan Swasta (PRS) merupakan skim simpanan dan pelaburan jangka panjang yang direka untuk membantu anda menyimpan lebih banyak untuk persaraan. SUDAHKAH anda memikirkan tentang perancangan persaraan anda? Ramai di antara kita ingin bersara dengan selesa namun ianya mungkin tidak akan berlaku sekiranya kita tidak mempunyai simpanan yang mencukupi apabila tiba waktunya. Ini merupakan Episod 2 daripada enam episod dalam siri video mingguan ini yang dibawakan kepada anda oleh Private Pension Administrator Malaysia (PPA), sebagai sokongan kepada inisiatif literasi kewangan Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN). Tonton episod seterusnya pada Jumaat depan untuk mengetahui berapa banyakkah yang anda perlukan semasa persaraan nanti. TIADA istilah 'terlalu awal' atau 'terlalu lewat' untuk anda mula merancang persaraan anda. Jika anda hanya melakukan potongan gaji bulanan menerusi skim mandatori, besar kemungkinan jumlah simpanan anda tidak mencukupi untuk menampung keperluan persaraan anda nanti. Sebagai permulaan, soalan terbaik untuk diajukan kepada diri anda sendiri adalah,"Berapa banyak yang saya perlukan untuk persaraan nanti tanpa menjejaskan gaya hidup yang saya mahukan?" Demikianlah soalan yang dikemukakan oleh Hasrul kepada rakan-rakannya yang lebih muda, Lyn dan Raj, menerusi siri enam episod video 'Perancangan Persaraan dan Simpanan dengan Skim Persaraan Swasta (PRS)'; yang dibawakan kepada anda oleh Private Pension Administrator Malaysia (PPA), sebagai sokongan kepada inisiatif literasi kewangan Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN). Menerusi episod sulung ini, ketahui formula yang disarankan untuk membuat simpanan setiap bulan demi persaraan yang selesa. Tontoni video ini yang memaparkan tiga orang rakan berbincang tentang simpanan dan perancangan untuk masa depan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!