MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memohon maaf kepada rakyat negeri itu pada Isnin susulan salah faham yang timbul ekoran satu posting isterinya, Datin Seri Masdiana Muhamad di media sosial. Masdiana pada Ahad memuat naik gambar kehadiran sebuah lori tangki air Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) ke kediaman rasmi mereka dan sekeping gambar kolam renang di rumah tersebut. Posting berkenaan menimbulkan rasa marah dan tidak puas hati netizen kerana menyifatkan ia tindakan yang tidak wajar di kala rakyat negeri itu yang sedang berdepan dengan gangguan bekalan air. ARTIKEL BERKAITAN: Pencemaran bau sungai akibatkan gangguan bekalan air Selangor, 4 beradik direman 6 hari "Isteri saya sudah memohon maaf dan lori tangki itu bukan untuk mengisi kolam renang kami. "Dia hanya nak sampaikan rasa gembiranya terhadap bantuan air yang diberikan Air Selangor, setelah seharian menunggu bantuan datang," jelas Amiruddin selepas program Dialog Belanjawan negeri Selangor 2021 di Pusat Perdagangan Setia City, Shah Alam pada Isnin. Tambah Amiruddin, isterinya melakukan kesilapan dan dia turut menggesa semua pengguna media sosial untuk lebih berhati-hati ketika menyiarkan sesuatu di Internet. Dalam pada itu, Amiruddin memaklumkan bahawa sehingga kini gangguan bekalan air sudah berjaya dipulihkan 91 peratus daripada keseluruhan pemilik akaun. Beliau juga memuji kecekapan petugas yang bertungkus lumus memastikan pengguna dapat menikmati semula bekalan air dalam masa yang pantas. - THE STAR Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!