suria

Mengadu penat, Ustaz Kazim masuk wad lagi

Ustaz Kazim dimasukkan ke wad sekali lagi selepas mengadu kepenatan. Foto: FB Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias

SEBAIK pulang dari Bukit Jalil, pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias mengadu dirinya tidak stabil sejak Isnin.

Susulan itu, beliau dibawa ke sebuah hospital swasta di Ipoh sebelum dimasukkan ke wad petang Rabu untuk rawatan susulan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingatkan tali apa melenggok-lenggok depan cermin” - Ustaz Kazim cemas ular ‘tumpang’ kereta, netizen kait unsur mistik

Sinar Harian melaporkan, sumber memaklumkan Mohd Kazim dikejarkan ke hospital berkenaan selepas mengadu penat selepas pulang menghadiri sebuah program televisyen di Bukit Jalil.

Menurut sumber berkenaan, Pengasas Pusat Pendidikan Al Barakah itu kini masih dirawat di wad hospital berkenaan.

"Selepas tiba di rumah dari Bukit Jalil, Datuk (Mohd Kazim) mengadu tak larat dan terus dibawa ke hospital.

"Setakat ini, saya belum terima sebarang perkembangan lanjut mengenai keadaan Datuk selepas dimasukkan ke hospital semalam," katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, berita mengenai keadaan terkini Mohd Kazim dimuat naik menerusi satu hantaran di dalam Facebook Dato' Mohd Kazim Elias hari ini.

"Semoga Dato’ Ustaz Mohd Kazim diberikan kesembuhan. Beliau sekali lagi dimasukkan ke hospital petang semalam sebaik sahaja sampai dari Bukit Jalil selepas mengadu dirinya tidak stabil sejak Isnin lepas," jelas hantaran Facebook tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ustaz Kazim Elias, wad, penat, pendakwah

Artikel Lain