HARGA petrol RON97 dan RON95 turun lima sen bagi tempoh 12 sehingga 18 September 2020. Perkara itu diumumkan Kementerian Kewangan Malaysia menerusi satu kenyataan pada Jumaat petang. Selain itu, harga diesel turun enam sen bagi tempoh sama. Berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.66, RON97 (RM1.96) dan diesel (RM1.72). “Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, ” maklum kenyataan itu. - BERNAMA. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!