RAKYAT Malaysia sebulat suara memilih tiga video yang dihantar kepada Kumpulan Media Star Berhad (SMG) sebagai video Hari Kebangsaan Terbaik. Awal bulan lalu, akhbar The Star membuat hebahan itu dengan meminta semua rakyat untuk memilih tiga video terbaik yang mencuri perhatian mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Antara komedi atau emosi... Jom undi video Hari Kebangsaan pilihan anda Dalam tempoh dua minggu bermula 24 Ogos sehingga 6 September, banyak video telah dihantar untuk penyertaan yang mana ia turut dipaparkan di thestar.com.my/nationaldayvideo sehingga menerima lebih 36,000 undian. Caranya cukup mudah, layari laman web, tonton kompilasi video tersebut dan undi pilihan tiga terbaik yang berkenan di hati. Malah, mereka juga boleh mengundi tiga kali sehari dan mengulanginya pada hari-hari berikutnya dalam tempoh kempen itu. Dalam 49 video yang dihantar, tiga karya paling menonjol sudahpun dipilih sebagai yang terbaik. Pertama, video dengan undian terbanyak dari Gamuda Land dengan judul "Malaysia, Through Her Lens" yang bertujuan mencabar pandangan dan perspektif anda untuk melihat suatu situasi dengan cara berbeza. Video Kumpulan Sunway menduduki tangga kedua dalam undian itu. Dalam perjalanan itu, jurufoto Bonnie Yap meneroka kepelbagaian budaya yang cukup unik di negara ini. Kumpulan Sunway menduduki tempat kedua dengan video berjudul "Teguh Bersama" yang diinspirasikan kisah benar Jeperin Rasdu. Sebagai orang Sabah yang dibesarkan dalam kehidupan miskin, dia bagaimanapun sentiasa dikelilingi orang yang baik dan murah hati. Dalam video sama, Kumpulan Sunway mahu rakyat untuk terus bersatu dan membuat perubahan bagi membantu mereka yang hidup serba kekurangan. Video yang menduduki tangga ketiga undian. Video ketiga, karya "Bangkit Bersama" memberi penghormatan kepada pahlawan serta petugas barisan hadapan yang bertugas sepanjang tempoh Covid-19 melanda negara. Ia merupakan seruan untuk seluruh rakyat bersatu melawan pandemik yang kini masih berterusan menghantui kita semua. Biarpun Malaysia sudah Merdeka selama 63 tahun, pasti ada dalam kalangan generasi muda yang sukar untuk memahami kesukaran mereka yang berjuang suatu masa lalu. Apa yang pasti, impian seluruh rakyat Malaysia sentiasa hidup, bersatu dalam kepelbagaian kaum yang wujud merentasi budaya di negara ini. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!