suria

Jabatan Kehakiman AS dakwa dua ahli perniagaan Malaysia, lima warga China kerana jalankan operasi penggodaman global, curi identiti

Dua ahli perniagaan warga Malaysia antara yang didakwa Jabatan Kehakiman AS kerana operasi penggodaman global. Gambar hiasan

JABATAN Kehakiman Amerika Syarikat (AS) mendakwa dua rakyat Malaysia dan lima warga China kerana menjalankan operasi penggodaman global, mencuri identiti dan teknologi permainan video.

Barisan pendakwaraya persekutuan berkata, suspek warga China telah dituduh menggodam lebih dari 100 syarikat di Amerika Syarikat dan luar negara, termasuk syarikat pembangunan perisian, pengeluar komputer, penyedia telekomunikasi, syarikat media sosial, firma permainan, organisasi tidak berasaskan keuntungan, universiti, badan pemikir, kerajaan asing, ahli politik serta tokoh masyarakat sivil di Hong Kong.

Bersama-sama lima penggodam warga China yang didakwa itu, pendakwaraya AS juga mendakwa dua ahli perniagaan Malaysia, Wong Ong Hua, 46, dan Ling Yang Ching, 32, yang dituduh bersekongkol dengan dua perisik digital untuk mendapat keuntungan dari pencerobohan komputer yang mensasarkan syarikat permainan video di Amerika Syarikat, Perancis, Jepun, Singapura dan Korea Selatan.

Jabatan Kehakiman mengatakan pasangan itu beroperasi melalui sebuah syarikat Malaysia bernama SEA Gamer Mall.

Penolong Peguam Negara AS, John Demers pada Rabu berkata, kedua-dua warga Malaysia berada dalam tahanan tetapi berkemungkinan akan memohon proses ekstradisi. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain