suria

Syed Saddiq daftar parti baharu, dikenali sebagai Parti Muda Malaysia

Syed Saddiq hadir ke ROS untuk membuat permohonan pendaftaran parti baharunya. Foto: The Star

SYED Saddiq Syed Abdul Rahman membuat permohonan pendaftaran parti baharu, yang dikenali sebagai Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia).

Ahli Parlimen Muar itu hadir ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Putrajaya pada Khamis untuk mengemukakan permohohan pendaftaran parti baharu tersebut.

Bercakap kepada pemberita, Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata walaupun dikenali sebagai Muda namun parti itu membuka keahlian kepada semua lapisan masyarakat dan pelbagai kaum.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak hadir ketika Tun M umum parti baharu, rupa-rupanya Syed Saddiq raikan persaraan ibu selepas 38 tahun jadi pendidik... "You better carikan menantu buat mama cepat"

"Parti ini akan mewakili semua lapisan masyarakat, tanpa mengira bangsa, agama dan usia.

"Parti ini mengalu-alukan mereka yang berkongsi ideologi, idealisme, pemahaman dan perjuangan kita.

"Muda akan menjadi parti untuk semua kaum dan agama, yang pemimpinnya akan terdiri daripada individu muda," katanya yang turut ditemani oleh beberapa penyokongnya.

Ditanya sama ada dirinya akan menjadi Presiden Muda, Syed Saddiq mengatakan bahawa dia akan mengumumkan struktur parti itu tidak lama lagi.

"Struktur organisasi kita akan maklumkan kemudian tetapi kami mempunyai 13 penaja yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

"Ramai yang berminat untuk membawa politik baru ke negara ini, supaya kita tidak lagi terjebak dengan politik lama yang menyukarkan kita untuk maju," kata bekas Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu lagi. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain