SATU pergaduhan berlaku di kaunter pandu lalu di sebuah restoran makanan segera, gara-gara perselisihan faham berhubung kaedah pembayaran. "Pada 27 September lalu pukul 7.30 malam. seorang mangsa berusia 41 tahun membuat pembayaran di sebuah restoran di Rawang, Selangor sebelum berang dengan seorang kakitangan kerana menggunakan 'pay wave' tanpa kebenarannya. "Mangsa turut mendakwa kakitangan tersebut biadab, meninggikan suara dan membuatkannya menunggu lama. "Pertengkaran berlaku, sebelum didatangi seorang lelaki yang menumbuk mangsa di bahagian dagu," kata Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe ketika dihubungi pada Rabu. Beliau menambah, keterangan kakitangan restoran dan beberapa saksi telah diambil. Satu klip video mengenai pergaduhan didakwa berlaku antara beberapa kakitangan restoran dan mangsa, tular di media sosial. - The Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!