suria

Ismail Sabri, Dr Noor Hisham antara yang hadir... PM pengerusi mesyuarat khas MKN berkaitan Covid-19

Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara berkenaan Covid-19 pada Sabtu. Foto Bernama

SAH! Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi Sabtu mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan Covid-19 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Mesyuarat itu antaranya dihadiri oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin serta menteri-menteri berkaitan.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tergempar! PM dijangka pengerusi mesyuarat khas Covid-19 hari ini

ARTIKEL BERKAITAN: Paling tinggi dalam sejarah! Malaysia catat 287 kes semua penularan tempatan, 2 kluster baharu dikesan di Selangor

Pada Jumaat, Malaysia mencatatkan 287 kes baharu COVID-19, iaitu jumlah kes harian tertinggi pernah direkodkan sejak permulaan pandemik itu di negara ini. - Bernama

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain