PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan menyampaikan perutusan khas mengenai situasi semasa Covid-19 di negara ini pada pukul 6 petang Selasa (6 Oktober). Perutusan berkenaan akan disiarkan secara langsung di saluran televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM), BernamaTV, TV3 dan Astro Awani. Ia juga akan disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi Muhyiddin. Perutusan itu susulan perkembangan penularan wabak Covid-19 yang mencatatkan peningkatan beberapa hari kebelakangan ini. Untuk rekod, jumlah kes Covid-19 di negara ini telah meningkat ke tahap tertinggi, dengan 432 kes dicatat pada hari Isnin (5 Oktober). Sehingga Isnin, Malaysia mencatatkan 12,813 kes dengan 137 kematian. Sementara itu di peringkat global pula, virus itu setakat ini telah mengorbankan 1,033,510 orang dengan 34,850,553 kes positif direkodkan.- THE STAR Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!