KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan memberi perkembangan terkini mengenai situasi Covid-19 di negara ini, dari rumah. Dr Noor Hisham kini menjalani kuarantin kendiri di kediamannya, setelah menghadiri mesyuarat yang melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Zulkifli disahkan positif Covid-19 pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Perdana Menteri jalani kuarantin kendiri 14 hari ARTIKEL BERKAITAN: Pernah ke Sabah, Dr Zulkifli sah positif Covid-19... ramai doakan segera sembuh, tapi ada pertikai kenapa tak kuarantin? - "Banyak tempat Datuk pergi... program terakhir di universiti" Dr Noor Hisham, yang mengadakan sidang media yang disiarkan secara langsung di saluran TV nasional sejak Mac lalu, akan disiarkan menerusi Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa (6 Oktober) pukul 5.30 petang. Menurut kementerian itu, Dr Noor Hisham akan memberikan maklumat terkini mengenai situasi Covid-19 dan akan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh media. Mesyuarat yang dihadiri oleh Zulkifli dan Dr Noor Hisham adalah mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri (MKN) berkaitan dengan Covid-19, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin dan beberapa menteri lain juga menjalani kuarantin kendiri berikutan Zulkifli disahkan positif Covid-19. - The Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!