suria

Insiden paip pecah, Air Selangor umum gangguan tidak berjadual di 6 kawasan bermula malam ini

Semua pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat berdasarkan jarak tempat dan tekanan air setelah kerja-kerja pembaikan selesai.

AIR Selangor mengumumkan gangguan bekalan tidak berjadual di enam kawasan bermula 9 malam, Isnin.

Menerusi satu kenyataan, ia melibatkan gangguan di Wilayah Klang dan Shah Alam melibatkan para pengguna di Seksyen 18,19,20,23,24 dan 25, Shah Alam.

Menurut Air Selangor, berlaku paip pecah akibat perbuatan pihak ketiga di Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24, Shah Alam pada hari Isnin.

"Bekalan air akan berhenti pada jam 9 malam pada 12 Oktober untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan. Ia dijangka selesai pada jam 9 pagi pada 13 Oktober.

"Bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas dijangka akan kembali sepenuhnya pada jam 3 petang pada hari Selasa.

"Semua pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat berdasarkan jarak tempat dan tekanan air setelah kerja-kerja pembaikan selesai," kata kenyataan itu. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain