suria

Masih tiada maklumat bila Anwar menghadap Agong - Fahmi Fadzil

Anwar sepatutnya mengadakan pertemuan dengan Agong pada Selasa untuk menunjukkan dia mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.

MASIH tiada sebarang maklumat tentang bila Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan pada pagi Selasa berkata, dia masih belum menerima arahan atau maklumat mengenai hal itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukit Aman tangguh ambil keterangan Anwar Ibrahim

Malah katanya, dia juga belum mendapat arahan sekiranya sidang media akan diadakan pada Selasa.

"Pada waktu ini saya belum terima apa-apa arahan atau makluman berkenaan waktu menghadap, atau jika ada sidang media selepas itu.

"Saya akan berikan maklumat rasmi sepantas mungkin, jika atau bila saya terima sebarang arahan.

"Saya mohon maaf atas perkara ini, memandangkan ia satu keadaan yang agak unik dan sensitif," katanya.

Anwar sepatutnya mengadakan pertemuan dengan Agong untuk menunjukkan bahawa dia mendapat sokongan majoriti dari ahli Parlimen untuk menjadi perdana menteri seterusnya. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain