PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media pada pukul 2 petang hari ini selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Jemputan itu yang dihantar oleh Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil kepada pihak media mengatakan bahawa Anwar akan membuat 'satu pengumuman penting'.ARTIKEL BERKAITAN: Selepas satu jam Anwar selesai menghadap Agong, beri lambaian sebelum tinggalkan Istana Negara "Harap maklum bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan satu sidang media khas berkenaan satu pengumuman penting pasca sesi mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, pada jam 2 petang ini. "Rakan-rakan media dijemput untuk hadir bagi sidang media penting ini, serta diingatkan agar sentiasa mematuhi segala SOP berkaitan Covid-19," katanya. Sidang media akan diadakan di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur. Anwar sebelum ini berkata beliau mempunyai lebih dari 120 sokongan daripada ahli Parlimen yang membolehkan dia untuk menjadi perdana menteri. Beberapa sumber parti bagaimanapun mendakwa tidak tahu mengenai jumlah sokongan yang diperolehi Anwar, mengatakan bahawa hanya presiden PKR itu sahaja yang tahu mengenai perkara itu. Namun, pengkritik mempertikaikan kenyataan Anwar apabila PAS, Barisan Nasional, Parti Bersatu Sabah dan juga parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad, Pejuang, menyatakan bahawa semua ahli Parlimen mereka menolak menyokong Anwar sebagai perdana menteri menteri. -The Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!