PRESIDEN PKR menghabiskan sekitar satu jam di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah pada Selasa.
Ahli Parlimen Port Dickson itu tiba menaiki kenderaan mewah berwarna hitam pada 10.25 pagi dan meninggalkan Istana Negara pada 11.30 pagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Media berkumpul di pintu masuk Istana Negara, Anwar dijangka menghadap Agong jam 11 pagi
Sesi menghadap baginda dipercayai berlangsung sekitar 30 minit.
Wakil media turut berkumpul di hadapan istana seawal 8 pagi.
Anwar yang duduk di kerusi belakang kenderaan itu sempat melambai sewaktu meninggalkan istana.
Sekumpulan penyokong memakai baju Otai Reformis turut hadir dan melaungkan sokongan buat Anwar. - The Star.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!