suria

Pelajar dikesan positif Covid-19, 3 sekolah di Perak ditutup hingga 25 Oktober

Tiga buah sekolah di Perak diarahkan untuk ditutup selama tujuh hari susulan terdapat pelajar dikesan positif Covid-19. Gambar hiasan. Foto: Bernama

TIGA buah sekolah di Perak diarahkan ditutup buat sementara waktu susulan beberapa pelajarnya dikesan positif Covid-19.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Negeri, Razman Zakaria, sekolah yang terlibat adalah SK Tanah Kebun di Parit Buntar serta SK Klebang Jaya dan SMK Aminuddin Baki di Chemor.

ARTIKEL BERKAITAN: Zon merah! 384 sekolah di Klang, Sandakan, Tuaran, Papar ditutup mulai esok

Ketiga-tiga sekolah berkenaan akan ditutup selama tujuh hari bermula Isnin (19 Oktober) hingga 25 Oktober untuk proses pembersihan dan nyahkuman.

Pada 11 dan 12 Oktober lalu, enam sekolah di daerah Larut, Matang, Selama dan satu sekolah di Lekir diarah tutup.

Bagaimanapun Razman berkata ibu bapa dan penjaga tidak perlu panik dengan pengumuman terbaharu itu.

"Kami menggesa semua orang untuk mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan untuk memutuskan rangkaian Covid-19," katanya. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain