PEJABAT Peguam Negara (AGC) memutuskan bahawa 'Tiada Tindakan Lanjut' (NFA) akan diambil terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berhubung tindakan melanggar kuarantin wajib Covid-19, kata polis. "Kami telah diarahkan untuk memberitahu tentang hasil daripada kertas siasatan. Arahan adalah NFA kerana menteri tidak menyerahkan borang 14B untuk menjalani perintah kuarantin," kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed pada sidang media di Bukit Aman, pada Rabu. Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat kerana tiada 'keterangan kukuh' bagi mengasaskan pertuduhan terhadap menteri. ARTIKEL BERKAITAN: Arahan terbaharu AGC, Bukit Aman akan serah semula kertas siasatan menteri langgar kuarantin ARTIKEL BERKAITAN: Khairuddin mohon maaf tak patuh SOP, pulangkan 4 bulan gaji Ditanya sama ada Kementerian Kesihatan tidak mengeluarkan borang tersebut kepada menteri, Huzir mengiyakannya. Terdahulu, polis membuka kertas siasatan terhadap Khairuddin selepas gagal mematuhi kuarantin wajib di rumah selepas pulang dari Turki, pada 7 Julai lalu. Polis sudah melakukan siasatan terhadap Kharuddin mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa kementerian itu mengenakan kompaun RM1,000 terhadap Khairuddin pada 7 Ogos lalu, atas kesalahan mengikut Akta 342. - The Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!