suria

Harga petrol turun 4 sen, diesel kekal RM1.74

Harga baharu petrol RON97 dan RON95 masing-masing RM1.94 dan RM1.64 seliter, manakala harga diesel pula kekal pada harga RM1.74 sen seliter. Foto: Bernama

HARGA runcit bagi petrol RON97 dan RON95 masing-masing turun sebanyak 4 sen seliter, bermula tengah malam ini.

Perkara itu diumumkan Kementerian Kewangan Malaysia menerusi satu kenyataan pada Jumaat petang.

Berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu petrol RON97 dan RON95 masing-masing RM1.94 dan RM1.64 seliter.

Sementara itu, harga diesel pula kekal pada harga RM1.74 sen seliter.

Harga baharu itu berkuat lusa bermula 24 Oktober sehingga 30 Oktober 2020.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," kata kementerian itu lagi. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain