suria

Mesyuarat khas Kabinet, beberapa menteri dilihat masuk ke perkarangan Perdana Putra pagi ini

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sewaktu memasuki perkarangan Perdana Putra, Putrajaya.

MESYUARAT khas Kabinet yang hangat diperkatakan dijangka berlangsung hari ini apabila beberapa menteri dilihat memasuki perkarangan bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Antara yang kelihatan termasuklah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Turut kelihatan memasuki perkarangan Perdana Putra ialah Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mempengerusikan mesyuarat itu, yang dijangka bermula pada pukul 9.30 pagi.

Walaupun tidak jelas apa yang akan dibincangkan oleh menteri pada pertemuan khas itu, beberapa sumber berkata ia bakal memberi perhatian kepada isu Covid-19 yang kini semakin memuncak.

Terdahulu, desas desus mengenai pertemuan ini menarik perhatian banyak pihak termasuklah pemerhati politik.

Ia susulan pertemuan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain