suria

“Hanya perjumpaan biasa” - Pemimpin BN enggan ulas lanjut pertemuan antara PM dengan Perikatan Nasional

Pihak media meminta ulasan daripada Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Foto: The Star

PEMIMPIN Barisan Nasional (BN) menyifatkan pertemuan antara Perdana Menteri dengan pemimpin Perikatan Nasional (PN) di Hotel Hilton, Kuala Lumpur sebentar tadi sebagai pertemuan biasa.

Ketika ditemui wartawan di lobi hotel, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengatakan adalah normal untuk mengadakan pertemuan sebelum Dewan Rakyat mula bersidang.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen BN bincang kedudukan Muhyiddin - Hishammuddin

"Ia adalah normal untuk berjumpa bagi melihat apa yang perlu ditumpukan. Ini telah dilakukan pada masa lalu," katanya.

Ketika ditanya sama ada Belanjawan 2021 dibangkitkan dalam pertemuan itu, Dr Wee berkata beliau tidak mahu mengulas memandangkan ia akan dibentangkan dalam waktu dekat.

Beliau menambah, Menteri Kewangan Datuk Tengku Zafrul Aziz juga mengadakan pertemuan dengan pembangkang untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai Belanjawan 2021.

Antara pemimpin lain yang kelihatan termasuk Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, namun mereka berlalu sambil tersenyum dan tidak memberikan sebarang komen.

Pengerusi GPS, Datuk Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg juga berlalu pergi tanpa memberikan sebarang ulasan kepada media.

Sementara itu Presiden MIC Tan Sri Dr S. Vigneswaran memaklumkan kehadirannya ke hotel terbabit sekadar untuk menikmati makanan tengah hari.

Difahamkan, pertemuan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan para pemimpin PN bermula sekitar pukul 12.30 tengah hari dan berakhir sekitar pukul 2.00 petang.

Muhyiddin kini dikatakan sedang bermesyuarat dengan ketua whip parti komponen PN. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain