suria

Buah tangan belia! RM180 kredit telco termasuk beli telefon bimbit, 'one off' e-wallet pun ada!

Golongan belia turut menerima manfaat menerusi Belanjawan 2021.

BELANJAWAN 2021 ternyata memahami keperluan golongan muda atau belia yang memainkan peranan penting sebagai antara pelopor dan pengguna dalam mengadaptasi teknologi terkini.

Justeru, kerajaan memperuntukkan RM1.5 bilion bagi melaksanakan Program Jaringan Prihatin bertujuan mengurangkan beban kewangan golongan B40 mendapatkan kemudahan internet.

ARTIKEL BERKAITAN: Isi rumah dapat sehingga RM1,800 menerusi BPR, orang bujang pun ada ‘bahagian’

"Bermula suku pertama 2021, lebih kurang lapan juta penerima dari golongan B40 akan menerima bantuan RM180 seorang dalam bentuk kredit telekomunikasi.

"Bantuan ini boleh digunakan sebagai perbelanjaan langganan internet atau menampung sebahagian kos pembelian telefon bimbit baharu.

"Pada masa sama, syarikat-syarikat telekomunikasi akan menyediakan manfaat bernilai RM1.5 bilion seperti dalam bentuk data percuma," demikian menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 pada Jumaat petang.

Tambah Tengku Zafrul lagi, melalui Program e-Belia pula, kerajaan akan mengkreditkan secara one-off ke dalam akaun e-wallet bagi mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun.

Program e-Belia adalah usaha kerajaan ke arah membudayakan transaksi kewangan tanpa tunai.

"Dengan peruntukan RM75 juta, inisiatif ini dijangka memanfaatkan lebih 1.5 juta belia," katanya lagi.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain