suria

Durian runtuh! Penjawat awam dihargai, dapat RM600 awal tahun depan

Bantuan khas diberikan kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah, pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen.

DURIAN runtuh untuk penjawat dan pesara awam apabila mereka akan memperoleh bantuan khas menerusi Belanjawan 2021.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan khas itu sebagai menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam.

"Sukacita mengumumkan kerajaan akan menyalurkan bantuan khas RM600 kepada kakitangan awam Gred 56 ke bawah.

"Bagi pesara kerajaan, dan veteren tidak berpencen, bantuan khas kewangan RM300 akan diberikan," katanya dalam pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, petang Jumaat.

Beliau berkata, kedua-dua bantuan khas itu akan dibayar pada awal 2021.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain